Tuesday, March 23, 2010

Senarai Bengkel ICT.

Bengkel-bengkel ICT dibuat bagi menyediakan landasan kepada umum khasnya untuk murid-murid dan warga sekolah serta ibubapa setempat. Selaras dengan tuntutan kemajuan teknologi maklumat yang sentiasa berkembang dan meluas, diharapkan bengkel-bengkel yang dianjurkan beroleh manfaat kepada para peserta, insyaALLAH.

Bengkel berkaitan ICT akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kepada kesesuaian dan juga jadual yang dirancang.

Bengkel yang disediakan dibahagi kepada dua (2) peringkat iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

Tahap 1 merupakan bengkel disasarkan kepada peserta yang masih belum mengetahui apa-apa atau tidak menguasai atau tiada asas terhadap perkara-perkara yang berkaitan.

Tahap 2 merupakan tingkatan terakhir asas pembelajaran dan pengkongsian maklumat yang disalurkan di dalam bengkel yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ia disasarkan kepada peserta yang dapat mencapai dan menguasai Tahap 1 dengan jayanya. Tahap 2 juga merupakan 'sambungan' atau juga sebagai maklumat tambahan kepada para peserta.

Senarai tajuk-tajuk utama bengkel:

1. Bengkel E-mail dan Pengurusan E-mail .
2. Bengkel Blog dan Pengurusan Blog.
3. Bengkel Membina Laman Sesawang (Website).
4. Bengkel Carian Ilmu & Maklumat Dengan Berkesan.
5. Bengkel Keselamatan Perkakas dan Perisian Komputer.
6. Bengkel Keselamatan ICT.
7. Bengkel Audio dan Visual.
8. Bengkel Pengurusan Maklumat.
9. Bengkel Pengenalan Kepada Komputer.
10. Bengkel Pengurusan dan Penyediaan Server dan Aplikasinya.
11. Bengkel Pengenalan Kepada Astro Kampus.

Piagram Pelanggan

Kami warga kerja Pendidikan dan Pembangunan ICT SK. Seri Padang Sari, Batu Pahat dengan ini berazam akan bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi yang berteraskan kualiti. Kami juga berazam akan meningkatkan kualiti melalui langkah-langkah berikut:

1. Memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dengan penuh kemesraan.

2. Berusaha menjamin kualiti berasakan piawaian yang ditetapkan dari masa ke semasa.

3. Berusaha meningkatkan ilmu untuk memajukan diri.

4. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap.

5. Sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

6. Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kerja kami dan peningkatan kualiti sebagai proses berterusan.